Bengkel Penambahbaikan Rancangan Pengajaran bagi Empat Kursus Matematik di FTEK

 

Bengkel Penambahbaikan Rancangan Pengajaran bagi empat kursus Matematik berdasarkan keperluan program-program di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) telah diadakan pada 9 November 2018 di VISTANA Hotel Kuantan. Bengkel ini melibatkan 24 peserta yang terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik FTEK dan FSTI, Ketua Program di FTEK, Ketua Program Sains FSTI dan pensyarah Matematik FSTI yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran kursus Matematik bagi program di FTEK.

PenambahbaikanFTEK2018 3

Objektif bengkel adalah untuk melakukan pemurnian rancangan pengajaran bagi empat kursus Matematik iaitu BUM2113 Applied Mathematics, BUM1223 Calculus, BUM1113 Technical Mathematics dan BUM2413 Applied Statistics agar selari dengan keperluan program di FTEK. Penambahan permasalahan berkaitan dengan aplikasi yang selari dengan program-program yang ditawarkan di FTEK juga dimasukkan dalam rancangan pengajaran. 

PenambahbaikanFTEK2018 1

PenambahbaikanFTEK2018 2

Print