Panel Statistik FSTI ke Jabatan Perangkaan Negeri Pahang!

dosm1

Pada hari jumaat 13/10/2017, wakil Panel Statistics dari Program Sains FIST dengan diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik FIST iaitu Dr Roslinazairimah Zakaria dan ketua Panel Statistics iaitu Dr Siti Zanariah Satari telah mengadakan pertemuan rasmi pertama dengan Jabatan Perangkaan Negeri Pahang (Department of Statistics, DOSM) dan Institut Latihan Statistics Malaysia (ILSM) di DOSM PAHANG bagi merangka kerjasama strategik berkaitan perkongsian data, latihan, penyelidikan dan pengembangan ilmu. DOSM di wakili oleh Pengarah DOSM Negeri Pahang iaitu Puan Siti Zakiah Muhammad Isa. Perbincangan awal berkaitan kerjasama MOU juga telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, UMP bakal ada bank data dgn kerjasama DOSM.

dosm2

Print