SESI PERBINCANGAN BERSAMA PANEL PENASIHAT INDUSTRI PROGRAM BIOTEKNOLOGI INDUSTRI

SESI PERBINCANGAN BERSAMA PANEL PENASIHAT INDUSTRI PROGRAM BIOTEKNOLOGI INDUSTRI

Pada 16 Ogos 2022, program Bioteknologi Industri (BSB), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah mengadakan sesi perbincangan bersama dua orang panel penasihat industri yang telah dilantik iaitu Dato’ Paduka Syed Isa Bin Syed Alwi dan Dr. Azfar Bin Hussin, bersama warga akademik BSB.

Dato’ Paduka Syed Isa merupakan penasihat bagi The Good Farm Food Solutions Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang menjalankan aktiviti pertanian menggunakan teknologi pertanian bersepadu dan menyediakan perkhidmatan platform e-dagang. Manakala Dr. Azfar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bagi Klinik As-Salam yang mempunyai 11 cawangan di seluruh Malaysia, dan juga Mahpo Pharmacy Sdn. Bhd.

Melalui sesi perbincangan ini, yang telah dipengerusikan oleh Dekan FSTI, pihak BSB telah mendapatkan  maklum balas mengenai perubahan struktur kurikulum dan kandungan bagi beberapa subjek makmal. Perubahan kandungan ini telah dicadangkan oleh setiap koordinator kursus bagi meningkatkan kualiti subjek terbabit seiring dengan perkembangan teknologi bagi bidang-bidang tertentu. Sesi perbincangan dua hala ini juga dilihat memberi impak positif terhadap hala tuju jangka masa panjang program BSB melalui sesi perkongsian pengalaman kedua-dua orang panel. Pelbagai input berguna juga diperolehi bagi menjamin peningkatan kualiti berterusan kurikulum program BSB.

Di akhir perjumpaan, kedua-dua orang panel IAP telah di bawa melawat ke sekitar makmal FSTI.

 

 

 

Laporan disediakan oleh Dr Nazira Mahmud


Print   Email