Lawatan dan perbincangan di Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Lawatan dan perbincangan di Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kumpulan Risk Emergency Disaster and Crisis atau RED-C yang diwakili oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri serta Fakulti Teknologi Kimia dan Kejuruteraan Proses iaitu Ts Dr Azizan Ramli, Dr Mohjd Najib Yacob, Dr Nurud Suria Suhaimi, Dr Khairiah Mohd Mokhtar dan PM Ir Ts Dr Siti Zubaidah Sulaiman telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Kecemerlangan (CoE) Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 Antara objektif lawatan ini adalah bagi mencari peluang kolaborasi berkenaan projek penyelidikan dan geran padanan antara universiti dalam bidang berkaitan risiko bencana dan kecemasan. Semoga sesi lawatan ini menjadi permulaan yang baik dan dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama projek penyelidikan antara UMP dan UPNM.


Print   Email