Previous Next

Program Bual Bicara Industry Challenges: Are You Ready As an OSH Intern?

Satu program bual bicara bertajuk Industry Challenges: Are You Ready As an OSH Intern? telah diadakan pada 30 Disember di Auditorium Perpustakaan UMP Kampus Paya Besar sebagai penutup tahun 2022. Program yang diketuai oleh Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar dan dibantu oleh sekretariat yang terdiri daripada Dr Izirwan bin Izhab, Cik Zarifah binti Shahri, Pn Nor Ashikin binti Basharuddin, Cik Nur Shamimie Afieqa binti Muhammad Zamri dan juga beberapa orang pelajar Tahun 3 di Program BPS.

Program ini dirangka khusus sebagai persiapan awal kepada para pelajar di Program BPS dan DRO yang akan menjalani Latihan Industri (LI). Oleh itu, dua orang panel daripada industri dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) iaitu Encik Khairul Rizal bin Jamaludin (Managing Director Flow Tech Services Sdn Bhd) daripada industri minyak dan gas dan Puan Suriawati binti Sulong (Senior Officer Engineering Department Meditop Corporation (Malaysia) Sdn Bhd) daripada industri pembuatan dijemput khas bagi berkongsi pengalaman dan input berkaitan pengetahuan, soft-skills dan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh para pelajar agar memenuhi jangkaan pihak industri dalam bidang KKP.

Input bermanfaat yang diperoleh daripada platform ini diharapkan dapat diaplikasi oleh para pelajar untuk menjadi graduan berpotensi besar dan berdaya saing yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan meluas mengenai KKP dari segi teori tetapi juga daripada sudut pembawaan diri sebenar di industri, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor kerajaan atau swasta selepas tamat LI.

 

Berita disediakan oleh Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI.


Print   Email