Previous Next

Aktiviti Promosi Secara Bersemuka Di Industri Bagi Program Sarjana (Mod Kerja Kursus dan Mod Campuran) Fakulti Sains Dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang

Satu lawatan secara bersemuka ke beberapa industri di sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor telah diadakan pada 17-18 Julai 2023. Objekti kepada inisiatif ini adalah untuk mempromosikan dan menuar-uarkan mengenai program Sarjana Sains Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Mod Kerja Kursus) dan Sarjana Sains Analitik Kimia. Pihak Fakulti Sains dan Teknologi Industri yang diwakili oleh Ts Dr Hanida Abdul Aziz (Ketua Program Pengembangan Ilmu dan Sarjana) dan ChM Dr. Nurlin Abu Samah (Penyelaras Program MSK) telah mengadakan sesi pembentangan dan penerangan kepada unit Pusat Latihan Kimia Malaysia di Jabatan Kimia Malaysia, Unit Makmal SGS Sdn. Bhd, Unit Kualiti Future Prelude Sdn. Bhd., Agensi Nuklear Malaysia.

Selain itu broshur maklumat program turut diedarkan kepada unit pengurusan sumber manusia di industri-industri berdekatan termasuk Global Petroleum Resources Sdn. Bhd., KL-Kepong Oleomas Sdn. Bhd., Chemindus Sdn. Bhd. Initiatif ini akan diteruskan oleh taskforce yang telah dilantik oleh pihak fakulti bagi mengadakan promosi secara bersasar di industri-industri sekitar Gebeng, Pekan, Kertah, Paka dan Kuala Terengganu.

Semoga dengan inisiatif ni akan dapat meningkatkan bilangan pelajar dari industri menyertai program sarjana di FSTI dan menyokong pencapaian sasaran pelan strategik UMP (UMP25) bagi petunjuk prestasi utama IB(1) pelajar dari industri.

 

Laporan disediakan oleh Ts. Dr. Hanida binti Abdul Aziz, Pensyarah kanan FSTI


Print   Email