Previous Next

Mesyuarat Perbincangan Bersama Penasihat Luar (Ea) Bagi Program Osh 2023

Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (KKP) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) UMPSA telah mengadakan mesyuarat bersama Penasihat luar (External Advisor) yang dilantik iaitu Prof Madya Dr Mohd Rafee bin Baharuddin daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga merupakan panel Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Standard: 2023 Occupational Safety and Health Mesyuarat ini melibatkan keselruhan peringkat program bermula dari Program Diploma, Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana. Mesyuarat ini diadakan selama dua (2) hari pada 7 & 8 Ogos 2023 di Bilik Mesyuarat Utama FIST. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembukaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr. Mohd Fazli Bin Farida Asras. Seramai 23 orang pensyarah KKP terlibat dengan mesyuarat perbincangan ini bagi mendapatkan pandangan kepada program.

Penasihat luar (external advisor) ini berfungsi dalam memberikan cadangan penambahbaikan bagi program secara keseluruhannya khususnya dalam mematuhi standard piawaian yang ditetapkan mengikut program yang baharu serta semakan semula program secara keseluruhannya mengikut panduan (MQA).

Kepakaran Penasihat Luar ini diperlukan untuk memberi input, nasihat dan kepada program KKP ini. Antara input, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh PM Dr Mohd Rafee adalah seperti kesesuaian bentuk program mengikut program standard yang baharu, struktur kurikulum, aedah pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian/ pentaksiran, Keperluan standard program, Senario pasaran kerja dan trend guna tenaga negara, Keunikan dan kelebihan program akademik yang ditawarkan, Kelestarian dan hala tuju program akademik, Potensi kerjasama antara entiti akademik dan universiti dengan industri dan Lain-lain perkara yang berkaitan atau bersesuaian.

Mesyuarat perbincangan ini berakhir dengan sesi penutup pada hari kedua yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Fazli Bin Farida Asras juga di hadiri oleh unit kualiti, pegawai pentadbir fakulti, staf teknikal program, dan semua pensyarah KKP. Pada sesi ini, PM Dr Mohd Rafee mengulas serta memberi pandangan kepada pihak fakulti serta program mengikut ketetapan di dalam program standard yang baharu ini. Pandangan- pandangan daripada penasihat luar ini amat diperlukan bagi membantu program dalam meningkatkan mutu kualiti program agar dapat menghasilkan graduan semua peringkat yang berkualiti seiring dengan pelan induk keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2021-2025 (OSHMP)  dalam menjayakan program pembangunan negara bagi merealisasikan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Berita disediakan oleh Cik Nur Fazhilah binti Abdul Razak, Felo Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, FSTI.


Print   Email