Previous Next

Program gotong-royong stor makmal FSTI

Program gotong-royong stor makmal telah diadakan pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat melibatkan kesemua 4 orang staf teknikal di bawah Kluster Perolehan dan Pengurusan Stor. Program rutin tahunan ini melibatkan kesemua stor di makmal melibatkan Stor Bahan Kimia, Stor Bekalan dan Stor Gas.

Objektif gotong-royong ini diadakan adalah untuk mengemas dan membersihkan stor bagi mewujudkan persekitaran stor yang tersusun dan kondusif. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menghasilkan tempat kerja yang lebih selamat bagi staf dan mengurangkan risiko kecelakaan daripada berlaku.

Gotong royong dimulakan dengan aktiviti penambahan stok baharu ke dalam rak sediada, menyusun atur stok sediada, pengasingan stok yang rosak dan untuk pelupusan serta kerja-kerja pembersihan yang berkaitan.

Kesimpulannya, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf.  Program ini akan sentiasa diteruskan mengikut perancangan seperti yang telah ditetapkan dalam kalendar perancangan tahunan kluster.

 

Berita disediakan oleh Kluster Pengurusan Perolehan, Unit Teknikal FSTI


Print   Email