Program Bicara Alumni

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi Industri (SCITEXS), Universiti Malaysia Pahang telah menjalankan Program Bicara Alumni yang diadakan secara langsung menerusi Facebok rasmi SCITEXS .
Lebih 200 orang peserta mendaftar program ini sewaktu siaran langsung dijalankan. Antara fokus utama program ini adalah bagi alumni memberikan pendedahan dan informasi berkaitan mahasiswa holistik.
Program ini dijalankan bagi membuka peluang pendekatan dan pengetahuan kepada pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dengan membekalkan beberapa informasi mengenai pengurusan
masa dan kewangan yang efektif serta persediaan ke arah persediaan memasuki alam pekerjaan. Selain itu, memberi pendedahan\berkaitan Latihan Industri serta program ini juga dapat dijadikan sebagai aktiviti promosi, untuk menarik pelajar lepasan sekolah dan matrikulasi untuk menjadikan FSTI sebagai fakulti pilihan untuk program pengajian di universiti.

 

 


Print   Email