KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP FSTI UMP 2018
Pada 27 Januari 2018 (Sabtu) bertempat di Kilas Kilat Badminton Court, Kuantan, Unit Insaniah & Kebajikan (UnIK), Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang telah mengadakan kejohanan badminton tertutup yang mana terbuka kepada semua staf dan juga ahli keluarga. Kejohanan ini diadakan adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat disamping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga FSTI.
Kejohanan terbahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan lelaki (Men’s double) dan berkumpulan wanita (Women’s double). Kejohanan ini menyaksikan pembabitan Dekan FSTI, Profesor Madya Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim dan gandingan beliau, Prof. Madya Dr. Mohd Zuki Salleh merangkul Naib juara setelah dikalahkan oleh pasukan yang dianggotai oleh Dr. Ku Muhammad Na’im Ku Khalif dan Encik Muhamad Husaini Sulaiman. Bagi kategori wanita pula, gandingan beregu Dr Noratikah Abu dan Cik Nor Atiqah Abd Rahim telah merangkul gelaran juara setelah mengalahkan beregu Dr. Nor Alisa Mohd Damanhuri dan Puan Intan Sabariah Sabri. Berikut merupakan keputusan kejohanan:
Men's Doubles |
Women's Doubles |
1st place Encik Muhamad Husaini Sulaiman & Ku Muhammad Na’im Ku Khalif 2nd Place Mohd Hasbi Ab Rahim & Mohd Zuki Salleh 3rd place Mohamad Ashry Jusoh & Ahmad Zamani Ab Halim |
1st Place Noratikah Abu & Nor Atiqah Abd Rahim 2nd Place Nor Alisa Mohd Damanhuri & Intan Sabariah Sabri 3rd place Norhayati Nordin & Nurul Nadiah Hamidon |
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak yang bertungkus lumus dalam membantu dalam menjayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada peserta yang berjaya. Keep up the Good Work!