Bengkel Pembangunan Modul bagi Empat Kursus Matematik di FTEK

 

Susulan daripada Bengkel Penambahbaikan Rancangan Pengajaran bagi kursus Matematik di FTEK, satu bengkel pembangunan modul mengikut rancangan pengajaran yang telah dimurnikan telah diadakan pada 26 – 27 Disember 2018 di VISTANA Hotel Kuantan.

ModulFTEK 3

Bengkel ini melibatkan 24 peserta yang terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik FTEK dan FSTI, Ketua Program di FTEK, Ketua Program Sains FSTI dan pensyarah Matematik FSTI yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran kursus Matematik bagi program di FTEK. Bengkel ini merupakan satu titik permulaan untuk menghubungkan Matematik dengan permasalahan yang melibatkan aplikasi sebenar bagi setiap program yang ditawarkan di FTEK.

ModulFTEK 1

Ketua-ketua program di FTEK dikehendaki menyediakan aplikasi permasalahan yang berkaitan setiap program untuk dimasukkan dalam modul yang akan dibangunkan oleh pensyarah Matematik FSTI. Aplikasi permasalahan ini akan diselesaikan menggunakan kaedah matematik yang akan dijadikan sebagai contoh dan latihan didalam modul. Ini penting bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan penggunaan matematik yang dipelajari dalam bidang berkaitan di FTEK. Modul yang dibangunkan adalah bagi kursus BUM2113 Applied Mathematics, BUM1223 Calculus dan BUM1113 Technical Mathematics. Modul ini akan diterbitkan  pada tahun 2019.

ModulFTEK 2

Print