Program Menjelang Syawal Anjuran AIMS, FSTI
Pada 17 Mei 2019 yang lalu, satu program amal ‘Program Menjelang Syawal Bersama Golongan Asnaf Sekitar Kuantan’ telah dijalankan. Program ini dijayakan oleh 21 staf akademik Universiti Malaysia Pahang (UMP) di bawah kelolaan kluster Applied & Industrial Mathematics (AIMs), Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman.
Program ini bertujuan memberi sumbangan bagi meringankan beban golongan asnaf sekitar Kuantan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Bantuan merupakan barangan persediaan raya seperti makanan, peralatan asas dan wang tunai. Sumbangan diberikan kepada lima keluarga asnaf terpilih iaitu keluarga Puan Latifah, Puan Sabariah, Puan Ruslina, Puan Norhayati dan Puan Kamariah. Bantuan juga dihulurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman bagi menceriakan anak-anak yatim di pertubuhan kebajikan itu. Ucapan terima kasih buat semua staf UMP yang terlibat dalam menyumbangkan wang tunai, makanan dan peralatan bagi keluarga asnaf.
Di harap program seumpama ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka bagi meraikan hari lebaran yang bakal tiba.