PERKONGSIAN ILMU MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN KENDERAAN FAKULTI & PENGURUSAN STOR
20 JULAI 2020- Perkongsian ilmu mengenai tatacara dan kaedah yang betul dalam pengurusan kenderaan dan pengurusan stor yang mengikut standart Jabatan Audit Negara telah diadakan bersama staf pentadbiran dan juga staf teknikal. Tatacara penggunaan kenderaan jabatan mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Jabatan Audit Negara telah diterangkan secara terperinci oleh wakil Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Harta iaitu Encik Khairul Affendi Bin Yusof . Wakil Jabatan Bendahari iaitu Encik Sulaiman Bin Baniyamin @ Steven Andrew Khalid dan Cik Rosslailie Binti Harun telah memberi penerangan khas berkenaan borang-borang yang digunapakai bagi setiap PTJ bagi tujuan audit supaya rekod yang dibuat dapat akan lebih sistematik dan teratur. Perkongsian ilmu tersebut banyak memberi pendedahan dan ilmu baharu dalam memperkasakan rekod sediaada.