MAJLIS ANUGERAH DEKAN DAN KECEMERLANGAN SISWA 2020
11 Disember 2020- Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan dan Kecemerlangan Siswa 2020 secara maya melalui pautan Google Meet, Facebook dan Youtube rasmi FSTI. Majlis dimulakan dengan ucapan doa dan ucapan alu aluan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir dan Dekan FSTI, Professor Madya Dr. Mohd Hasbi bin Ab. Rahim. Seterusnya, ucapan perasmian daripada Professor Ts. Dr. Ruzaini bin Abdullah Arshah, Dekan Kanan Kolej Komputeran dan Sains Gunaan. Senarai 16 penerima Anugerah Kecemerlangan 2020 telah disampaikan oleh Dekan FSTI, setiap penerima mendapat pingat dan sijil penghargaan daripada pihak fakulti. Manakala senarai penerima Anugerah Dekan bagi program Kimia Industri, Bioteknologi Industri, Teknologi Bahan dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan telah disampaikan oleh setiap Ketua Program iaitu seramai 435 orang. Pihak Fakulti juga menjemput wakil Alumni En Muhammad Qusyairi bin Hashim dari KPMG Management and Risk Consulting bagi berkongsi pengalaman semasa berada di UMP dan di alam pekerjaan kepada semua penerima anugerah. Pihak fakulti mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga terus mencipta pelbagai kejayaan di masa akan datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Dekan dan Kecemerlangan Siswa 2020.