Semakan Kurikulum BAppSc (hons) Industrial Chemistry

 
 
SEMAKAN KURIKULUM IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN KIMIA INDUSTRI.
TARIKH: 28 - 29 NOVEMBER 2016
TEMPAT: BILIK MESYUARAT A1, FSTI
 
Pihak fakulti telah melantik Prof. Dato'Dr. Halimatun Hamdan sebagai Penilai Luar Akademik untuk program Kimia Industri.
Sehubungan itu, beliau telah dijemput oleh fakulti untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
(1) Membantu dalam mengendalikan peperiksaan yang diperlukan oleh fakulti.
(2) Menilai kesesuaian kertas peperiksaan dan pencapaian calon seperti yang dikehendaki.
(3) Menyemak kurikulum sesuatu program yang merangkumi struktur, kursus yang ditawarkan, buku rujukan yang digunakan, soalan peepriksaan dan skema jawapan, kemudahan P&P yang disediakan dan lain-lain yang berkaitan.
(4) Memberikan pendapat terhadap kesesuaian kaedah untuk menilai pencapaian pelajar.
(5) Memberikan cadangan terhadap kemudahan yang sedia ada bagi melaksanakan program dan juga kursus-kursus yang berkaitan.
 
WhatsApp Image 2016 11 29 at 7.31.30 PM

Print