13 Jan2017
Program Penulisan dan Penyediaan Geran Penyelidikan Siri 1/2016
Program Penulisan dan Penyediaan Geran Penyelidikan Siri 1/2016
Tarikh: 16-17 Disember 2016
Tempat: Suria Resort Bentong, Pahang
Agenda:
1) Perkongsian maklumat berkaitan program penyelidikan sepanjang 2016 oleh Ketua Cluster AIMs, Dr Mohd Sham Mohd seperti
-carta organisasi terbaru AIMS
-jumlah perolehan geran pada tahun 2016 berjumlah RM223,300
hasil daripada bengkel sebelumnya di Tasik Kennyir
-senarai penyertaan CITREX dan pencapaian
-senarai modul yang telah diterbitkan dan jumlah terjual sehingga
2016
2) Ketua Program Sains, PM Dr Mohd Zuki Salleh menyasarkan penyelidikan di Program Sains pada 2017 seperti berikut:
- Jumlah perolehan geran sebanyak RM300,000
- Emas untuk CITREX
- Sekurang-kurangnya dua hak cipta
3) Perkongsian rahsia kejayaan bersama pensyarah Program Sains, Dr Norazaliza Mohd Jamil atas kejayaan memperoleh geran FRGS 2016
4) Perkongsian tips bersama Prof Dr Shaharuddin Salleh, UTM yang pernah dilantik sebagai seorang penilai peringkat kebangsaan untuk FRGS.
5) Perkongsian tips menulis jurnal berimpak tinggi oleh Dr Wan Azmi Wan Hamzah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UMP yang telah berjaya menghasilkan 13 jurnal Q1 pada tahun 2016.
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan segala objektif serta matlamat telah tercapai. Diharapkan segala perancangan untuk penyediaan cadangan penyelidikan yang berkualiti kelak berjalan dengan lancar.