STATISTICS IS AWESOME

Program: Statistics Is Awesome

Tarikh: 19 Mac 2017

Tempat: WDK17 Universiti Malaysia Pahang, Gambang.

Anjuran: Mathematics Support Center (MSC) dengan kerjasama Bahagian Kaunseling & Psikologi, JHEPA

Program ini adalah disasarkan untuk membantu dan memotivasi pelajar sarjana muda yang lemah penguasaan statistik, spesifiknya pelajar mengulang kursus Applied Statistics yang sedang mengikuti kursus ini pada semester 2 sesi 2016/2017. Program Statistics is Awesome terbahagi kepada dua(2) fasa iaitu Fasa 1 (sebelum Ujian 1) dan Fasa 2 (sebelum Ujian 2), untuk memastikan kesinambungan perkembangan pelajar sasaran dalam memahami konsep asas dengan baik. Ini sekaligus dapat memotivasi mereka untuk mendapat gred yang baik untuk kursus ini. Tentunya, dengan keberkesanan program ini, kadar kelulusan bagi kursus ini nanti akan meningkat dalam kalangan mereka yang ada masalah penguasaan, juga secara amnya dapat meningkatkan peratusan graduasi pelajar UMP.

 

Stat6

Stat1

Stat2

Stat7

Stat3

Print