UMP-MAKNA

 

Kuantan, 5 Mac – Seramai 18 orang siswa-siswi UMP dan 2 orang pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) (Dr. Noor Suhana binti Adzahar dan Dr. Fathima Shahita) telah menjalani latihan kesukarelawanan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dianjurkan oleh Sekretariat Generasi Siswa Sihat (Genesis) dengan kerjasama Persatuan Wanita UMP (Matahari), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pusat Kesihatan Universiti.
 
Peserta-peserta telah menjalani latihan ‘MAKNA Introductory Programme’, ‘Basic Nursing Care I (BNC I), dan ‘Basic Nursing Care II (BNC II) sebelum ditauliahkan sebagai sukarelawan MAKNA untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sukarela MAKNA. Latihan tersebut disampaikan oleh Cik Priyadarshini Subramaniam, Penyelaras Sukarelawan MAKNA dan dua orang jururawat wad onkologi UKM-MAKNA. Mereka didedahkan kepada misi, visi dan objektif MAKNA, pencegahan dan rawatan kanser, teknik pengendalian pesakit yang kurang bermaya dan upaya untuk mengendalikan diri sendiri. Teknik-teknik yang dipelajari merangkumi cara untuk mengalihkan pesakit dari katil ke kerusi roda dan penyalinan pakaian dan lampin pesakit. Sukarelawan mahasiswa yang dilatih adalah diharap dapat memberi sumbangan tenaga mereka dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan akan berterusan sepanjang tempoh berada di UMP serta selepas memasuki alam pekerjaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh sukarelawan adalah seperti lawatan ke rumah untuk membantu MAKNA mendapat maklumat terkini pesakit dan memberi sokongan moral kepada mereka, aktiviti pengumpulan derma untuk dana MAKNA dan membantu di dalam kempen kesedaran kanser kepada masyarakat.
 
Siswa-siswi telah menunjukkan minat dan keinginan untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan yang akan dirancang kelak. Mereka kini menyedari serba-sedikit mengenai penyakit kanser dan sensitif kepada keperluan emosi seorang pesakit. Salah satu di antara aktiviti yang akan dirancang oleh kumpulan pertama sukarelawan siswa-siswi ini bersama sukarelawan terpilih ataupun ditugaskan oleh pihak MAKNA Muhammad Adam Lee bin Abdullah, pensyarah di FSTI dan Dr. Ummu Kulthum bin Jamaludin, pensyarah kanan FKM bersama sokongan Dr. Khairul Salleh bin Abdul Basit, Pusat Kesihatan Pelajar adalah program mammogram bergerak MAKNA untuk pengesanan awal barah payudara, kempen kesedaran kanser kepada pelajar dan staf, perkongsian emosi oleh bekas penghidap kanser, pengumpaulan dana untuk MAKNA dan sebagainya. "Di harap kesemua sukarelawan yang terlatih akan melaksanakan banyak aktiviti MAKNA di UMP Gambang (mahupun Pekan) dan memperkasakan diri sendiri & keluarga, serta warga UMP dan komuniti berdekatan serta menambah ahli sukarelawan untuk membawa kesedaran berkenaan barah dan pengesanan awal penyakit barah ini selalu", kata Priyadarshini.
 
makna1

Print