BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN PROGRAM SARJANA SAINS (KOMPUTASI INDUSTRI) BERSAMA PIHAK INDUSTRI SIRI III

 Bengkel pemurnian dokumen program baharu Sarjana Sains (Komputasi Industri) bersama pihak industri untuk siri yang ketiga telah diadakan pada 5 April 2017 (Rabu) di Mathematics Support Center, Blok W, UMP Gambang. 

bengkel

Pakar Industri Bersama Peserta Bengkel

bengkel2

Taklimat oleh Ketua Program Sains, Profesor Madya Dr Mohd Zuki Bin Salleh

Bengkel ini telah dijayakan oleh dua pakar industri yang berpengalaman iaitu En Nazarudin Bujang (Bekas Jurutera Intel Corporation) dan En Abd Karim Ramli (Bekas Asia Corporate Real Estate Strategic Planning Manager, Intel Corporation). En Nazaruddin telah berkhidmat selama 27 tahun di industri dan sekarang merupakan Felo Perunding di Fakulti Pengurusan Industri, UMP, manakala En Karim telah berkhidmat selama 28 tahun di industri. 

bengkel3

Perkongsian Ilmu oleh Encik Nazarudin Bujang

bengkel4

Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan dan persediaan kepada pensyarah matematik dan statistik yang akan terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran program ini tentang keperluan matematik dalam industri di Malaysia. Peserta bengkel terdiri daripada 29 pensyarah daripada program sains yang mempunyai latar belakang bidang matematik dan statistik. 

Kesimpulannya, bengkel ini telah membantu pensyarah yang akan terlibat dengan pengajaran program Sarjana Sains (Komputasi Industri) mengenalpasti kajian kes (case study) di industri sebenar yang bersesuaian dengan kursus yang akan ditawarkan. Tambahan, beberapa input penting seperti memberi penekanan kepada aplikasi kursus yang ditawarkan dalam industri yang pelbagai seperti oil & gas, manufacturing, finance, banking, semiconductor, medical and health sciences dan tidak terikat kepada stau industri sahaja telah membantu dalam pemurnian kurikulum program ini agar selari dengan kehendak pemegang taruh.

Print