PROGRAM PEMANTAPAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PEKAN

 

Program Pemantapan Matematik dan Matematik Tambahan Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan

Tarikh: 12 April 2017.

Tempat: Matematik Support Centre, UMP Gambang.

Peserta: 37 orang pelajar tingkatan 5.

Program Pemantapan Pembelajaran Matematik dan Matematik Tambahan ini sudah dijalan kali kedua bagi tahun 2017. Program ini dijalankan pada asasnya kerana memenuhi permintaan dari pihak sekolah agar pensyarah matematik Fakulti Sains dan Teknologi Industri dapat berkongsi sedikit tips atau rahsia untuk lebih mudah para pelajar mempelajari subjek yang menjadi ketakutan ramai ini. Program ini dijalankan selama sehari dan dilakukan secara percuma kepada para pelajar. Program ini seterusnya ingin memberi kesedaran kepada semua pelajar yang menyertai tentang kepentingan matapelajaran matematik dan metematik tambahan. Disamping itu, pendedahan awal diberikan kepada mereka tentang subjek ini yang bakal dipelajari sehinggalah di peringkat Universiti walau kursus atau bidang apa juga mereka ceburi. Seterusnya diharapkan dengan usaha dan perkongsian yang kecil dari pensyarah matematik Fakulti Sains dan Teknologi Industri ini dapat membantu para pelajar jatuh cinta dengan matematik dan matematik tambahan. Yang pada akhirnya, akan membawa kepada keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

seripekan5

seripekan6

seripekan7

seripekan8

seripekan2

seripekan3

seripekan4

Print