BENGKEL "COMPETENCY PROFILING''@FIST

 GAMBANG, 19 April 2017: Pihak pengurusan dan staf akademik dan pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) telah menyertai Bengkel "Competency Profiling" pada 19-20 April 2017 di Bilik Latihan, Komplek Pentadbiran Utama Universiti Malaysia Pahang (Kampus Gambang) yang dikendalikan oleh G. Karuna Pillay, TruCAT Sdn Bhd. Bengkel ini dianjurkan untuk mencapai objektif berikut: memberi kefahaman kepada peserta berkenaan kaitan kompetensi dan pelaksanaan "Pay for Performance" (P4P), mengenalpasti secara jelas senarai tugas (job roles/job description) jawatan yang unik di jabatan untuk melaksanakan profiling dan menetapkan dan mengesahkan kompetensi yang diperlukan bagi setiap jawatan yang dikenalpasti untuk tujuan profiling. Ini adalah selari dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020, di mana sistem ganjaran berdasarkan prestasi (pay for performance) telah dirancang bagi menambah baik sistem penilaian sedia ada. FSTI merupakan salah satu pusat tanggungjawab yang akan mempelopori sistem P4P yang akan bermula pada tahun ini.

trucat

trucat2

trucat4

trucat6

trucat7

 

Print