Kerjasama FIST- TNB Research Sdn Bhd

Gambang, Mei 11- Ketua Penyelidik TNB Research Sdn Bhd, Pn Noraziah Muda telah sudi untuk datang bertemu dengan pihak Fakulti Sains & Teknologi Industri diketuai oleh Dekan, PM Dr Mohd Hasbi, Timbalan Dekan, PM Dr Chong, Pensyarah kanan, Dr Zamani dan Pegawai Penyelidik, Mohd Halimi. Perbincangan melibatkan beberapa projek penyelidikan yang berpotensi untuk diusahakan bersama.

Dekan Fakulti Sains & Teknologi berkata kedatangan wakil TNB research diharap dapat mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama antara industri dan universiti. Pn Noraziah juga menyatakan akan keperluan untuk pihak industri mencari rakan kolaborasi dalam menjayakan sesuatu projek. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memberi impak yang besar kepada industri dan universiti.

 

 tnb

Print