Bengkel Pemurnian Dokumen MQA-01 Program Sarjana Sains (Komputasi Industri)

Bengkel pemurnian dokumen MQA-01 program Sarjana Sains (Komputasi Industri) telah diadakan pada 17 Mei 2017 iaitu pada hari Rabu di Mathematics Support Center (MSC) UMP Gambang.

Objektif bengkel adalah untuk melakukan penambahbaikan atau pemurnian terhadap dokumen MQA-01 berdasarkan maklum balas atau komen yang telah diberikan oleh panel penilai MQA.

Pakar bidang bagi membantu pemurnian dokumen MQA-01 adalah terdiri daripada, Dekan Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) iaitu Profesor Madaya Dr. Mohd Hasbi Bin Ab Rahim, Ahli Lembaga Pengajian, Sarjana Sains (Komputasi Industri) iaitu Prof Dr. Shaharuddin Salleh, pakar daripada industri iaitu En. Nazarudin Bujang dan Jawatankuasa Unit Jaminan Kualit FSTI.

Peserta bengkel terdiri daripada pensyarah Matematik dan Statistik yang akan terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran program Sarjana Sains (Komputasi Industri).

Output bengkel ini adalah dokumen maklum balas terhadap komen panel MQA dengan melibatkan pemurnian Course Outcomes (COs) bagi semua kursus yang ditawarkan agar menepati pemetaan Program Outcomes (POs) dan mencapai MQF tahap 7. Ini bagi memastikan program yang ditawarkan mencapai tahap pengajian di peringkat sarjana.

Program ini dijangka ditawarkan pada Februari 2018 dan merupakan program pengajian di peringkat sarjana secara mod campuran yang pertama di UMP.

mathmay8

mathmay

mathmay2

mathmay3

mathmay4

mathmay5

mathmay6

mathmay7

Print