22 May2017
FIST DAN SEMSAS MULAKAN INISIATIF TINGKATKAN PRESTASI STEM
KUANTAN - 19 Mei. Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang komited di dalam usaha untuk meningkatkan prestasi kursus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Kuantan. Fakulti yang diwakili oleh Dr. Noratikah Abu, Nurlin Abu Samah dan Muhammad Adam Lee Abdullah telah memulakan inisiatif bekerjasama dengan Sekolah Menengah Sains Suktan Haji Ahmad Shah (SEMSAS).
Menurut Dr Nurlin yang ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat bersama Pengetua dan guru-guru panitia SEMSAS, satu program sedang dirangka dengan kerjasama SEMSAS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan terfokus untuk tingkatkan prestasi STEM di kalangan pelajar sekolah menengah sekitar Kuantan.
Menurut Pengetua SEMSAS, Puan Hajah Safiah Awang, hasil mesyuarat adalah sangat menggalakkan dan menjangkakan kejayaan program yang dirancang.


