CIA: Biotech '13

Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah bagi penganjuran persidangan National Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology (CIA:Biotech13) buat julung kalinya di mana ia terbuka kepada semua univiersiti, institut dan industri di dalam Malaysia yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Equatorial Cameron Highlands baru-baru ini pada 4-6 Dis 2014.

Persidangan yang bertemakan ‘Bridging Economy and the Biotechnological Divide’ adalah bertujuan untuk menyediakan platform untuk penyelidik dan jurutera bertaraf dunia untuk berkumpul dan berkongsi penemuan terkini. Tambahan, ia boleh memberi panduan ke arah jalinan kerjasama dengan institut, industri atau organisasi luar terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bioteknologi.

Print