Slot Fizik Kem Saintis Muda 2017 meriah

 

Hari ke dua Kem Saintis Muda 2017 bertempat di Fakulti Sains & Teknologi Industri. Para peserta dari LIMA (5) buat sekolah (SMK Mat Kilau, SMK Lepar, SMK Semambu, SMK Gambang dan SMK Sultanah Hajjah Kalsom) menajlankan ujikaji dan meyediakan sel suria mereka sendiri di bawah tunjuk ajar Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir dan Dr. Nurjannah Salim dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Makmal Berpusat, UMP. Di dalam aktiviti ini, para peserta perlu menghadapi cabaran menyediakan sel suria yang dapat menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan menggunakan pewarna yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan. Objektif kami adalah untuk memberikan pendedahan awal dunia sains kepada pelajar tingkatan 1 dan 2. Kami buktikan bahawa sains bukanlah sekadar coretan di atas sekeping kertas.

resize

 

Print