Saintis Turun ke Desa 2017 Memberi Impak Positif kepada Warga Kampung Liang Batu

Program Saintis Turun ke Desa 2017 anjuran Fakulti Sains & Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Liang Batu dan Kampung Liang Batu, Muar Johor pada 10 hingga 12 November 2017 yang lalu. Program yang dijalankan oleh pensyarah dan siswa UMP ini bertujuan untuk membawa teknologi-teknologi terkini serta hasil penyelidikan para pensyarah untuk diperkenalkan kepada pelajar sekolah dan masyarakat. Pada masa yang sama, siswa juga dapat mempelajari teknik-teknik pertanian tradisional, budaya dan cara kehidupan di desa melalui program keluarga angkat. Saksikan paparan dokumentari program tersebut. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YB Ismail bin Mohamed, ADUN Bukit Serampang, EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani.

Print