Previous Next

FSTI TERIMA LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH DARIPADA LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

Pada 20 - 21 Disember 2022 (Selasa & Rabu), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi tiga (3) program akademik yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian (BSB), Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia Industri dengan Kepujian (BSK) dan Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian (BSP).

Lawatan penilaian melibatkan sembilan orang Ahli Panel Penilai (APP) dan tiga wakil dari Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS) MBOT telah dilaksanakan secara bersemuka bagi program BSP manakala secara dalam talian bagi dua program iaitu BSK dan BSB. Sesi penilaian juga berjalan dengan lancar sebagaimana dirancang melalui komitmen tinggi pelbagai pihak yang terlibat antaranya Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Perpustakaan, Pusat Pengurusan Akademik dan lain-lain.

 

Berita disediakan oleh Encik Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI