Previous Next

Lawatan Kerja dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia di Fakulti Sains dan Teknologi Industri

16 Disember 2022 (Jumaat)  - Telah berlangsung sesi perbincangan Pengurusan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) UMP bersama YBrs. Dr. Juwari Purwo Sutikno, Timbalan Dekan Fakultas Teknologi Industri dan Rekayasa Sistem (F-INDYS), Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia, sempena Lawatan Kerja ITS ke FSTI UMP Kampus Paya Besar.

Pengisian perbincangan dimulakan dengan pengenalan latar belakang FSTI oleh Dekan FSTI iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir@Lokman dan disusuli pengenalan latar belakang ITS dan F-INDYS oleh Dr. Juwari Purwo Sutikno. Fokus perbincangan menjurus kepada kerjasama akademik dan penyelidikan yang berpotensi untuk dilaksanakan di antara kedua-dua institusi di masa akan datang, khususnya melibatkan program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BPS) turut membuat pembentangan struktur kurikulum BPS bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak ITS mengenai pelaksanaan program ini di FSTI.

Setelah selesai sesi perbincangan, program diteruskan dengan lawatan ITS ke makmal FSTI untuk melihat kemudahan fasiliti pengajaran dan pembelajaran serta fisiliti penyelidikan. Sebagai rekod, YBrs. Dr. Juwari Purwo Sutikno juga adalah merupakan Alumni UMP yang telah mengikuti pengajian dalam program Ijazah Doktor Falsafah (Chemical Process Control) pada tahun 2011.

 

Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI


Print   Email