Previous Next

PASUKAN PELAJAR FIST, UMP BERTANDING DI NMEPC 2022

MELAKA, 14 Mei 2023 - Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memperkenalkan idea prototaip Hand Obstacle Detector (HOD) dengan memfokuskan kepada penghasilan alat bantuan  berteknologi bagi kegunaan orang kurang upaya (OKU) ketika berjalan memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Teknologi danInovasi di pertandingan National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama institusi pengelola iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pasukan pertama ini terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI) iaitu Muhammad Fikri Firdaus Asmawi, Muhammad Haziq Syahmi Muhamad Asre dan Aiman AlHakim Mohd Rizal itu menawarkan solusi kepada golongan sasaran ini yang sering tidak dapat mengenal pasti halangan yang dihadapinya dan jarak yang tepat ketika berjalan.

Manakala pasukan kedua yang juga mewakili UMP turut meraih hadiah sagu hati bagi kategori seni dan kreatif apabila berjaya memperkenalkan idea prototaip botol minuman dengan reka bentuk yang fleksibel iaitu Combine bagi memberi solusi kepada pengguna yang inginkan kelainan fungsi pada botol minuman. 

Botol minuman ini juga menawarkan rekaan yang unik, mudah, menjimatkan dan praktikal.

Pasukan terdiri daripada pelajar FSTI, Muhammad Ismat Hadif Mohd Arshad dan  pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Wan Ashraf Wajdi Wan Zakaria dan Muhammad Amirul Hakim Zainal Abidin.

“NMEPC merupakan program keusahawanan peringkat nasional untuk melatih dan membimbing, serta melahirkan lebih banyak syarikat pemula (start-up) pelajar khususnya yang berasaskan teknologi dan inovasi,” katanya.

Terdapat 46 pasukan yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia mengikuti bootcamp dan beberapa siri bengkel lanjutan secara dalam talian sekitar bulan Mac hingga Mei 2023 dengan dibimbing oleh mentor industri kepada setiap pasukan pelajar.  

Disediakan oleh: Halizan Mahmood, Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) 


Print   Email