Sesi Lawatan Industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.

Sesi Lawatan Industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.

Delegasi UMP yang diwakili oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses dan Fakulti Sains Industri Teknologi iaitu Ts Mohd Najib Bin Razali dan Profesor Madya Dr. Nina Suhaity Binti Azmi telah mengadakan satu lawatan industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.

Pasukan penyelidik UMP telah diberikan taklimat berkenaan operasi kilang dan produk-produk yang dihasilkan.

Antara objektif lawatan ini adalah bagi meninjau potensi kerjasama projek penyelidikan dan geran industri di antara UMP dan CSR.

Semoga sesi lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak.