FIST UMPSA

News & Events

Previous Next

INISIATIF FSTI MELAKSANAKAN PROGRAM KERJASAMA KHIDMAT KOMUNITI ANTARABANGSA DI BAWAH OBJEKTIF STRATEGIK 6(A) UMP 25

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menjalankan satu inisiatif yang dinamakan Program UMP-UI Ikatan Serumpun bagi melaksanakan Objektif Strategik 6A, UMP 25 di bawah Program kerjasama khidmat komuniti antarabangsa. Program ini dijalankan dengan kerjasama Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Indonesia (UI) pada 12-14 Jun 2023. Delegasi UMP melibatkan 6 orang pensyarah FSTI iaitu Dr. Azizan bin Ramli, Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar, Dr. Mohd Najib bin Yacob, Dr. Nor Adila binti Mhd Omar, Dr. Wan Norfazilah binti Wan Ismail, Dr. Nurul Huda binti Abu Bakar dan juga 10 orang pelajar dalam kalangan Tahun 2 dan Tahun 3 di Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS).

Bertemakan “Hand in hand towards a Sustainable Tomorrow”, tiga aktiviti telah dilaksanakan bagi memenuhi 3 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Matlamat Pembangunan Mampan 4 (Pendidikan Berkualiti), Matlamat Pembangunan Mampan 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur), dan Matlamat Pembangunan Mampan 11 (Bandar dan Komuniti Mampan). Aktiviti pertama iaitu AquaCare Sustainability – Conserving Environment for Future Generations diadakan dengan matlamat membantu masyarakat setempat di Usaha Mikro Kecil dan Menengah (UMKM) Citeureup-Bogor Indonesia dalam pengurusan sisa buangan dari tempe. Usaha ini telah mendapat sambutan hangat daripada Camat Citeureup (Dr. Ridwan Said,. S.STP, M.Si), Kepala Desa Citeureup (Marwan Hermawan), dan Kepala Dinas Koperasi dan UMKM Kabupaten Bogor (Asep Mulyana Sudrajat). Demonstrasi penggunaan fertilizer starter baharu hasil kajian penyelidik UMP terhadap sisa buangan daripada tempe diperkenalkan kepada masyarakat setempat dan mahasiswa UI sebagai kajian rintis. Proses kesinambungan pemantauan masih dijalankan sehingga tempoh 1 hingga 3 bulan selepas aktiviti ini selesai sebagai usaha memastikan kelestarian aktiviti ini.

Manakala, aktiviti kedua iaitu HazAway Solutions – Providing Sustainable Workplace dilaksanakan dengan matlamat membantu Usaha Mikro Kecil dan Menengah (UMKM) dalam pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan (KKP) melalui langkah kawalan risiko yang diusulkan oleh para pelajar di Program BPS hasil daripada penaksiran risiko di kawasan kerja. Aktiviti ini telah dijalankan di Pt. Anugrah Yaden Utama, Desa Nagasari. Pemantauan keberkesanan langkah kawalan risiko yang telah dicadangkan oleh para pelajar kepada pihak industri untuk diaplikasi juga akan dikemaskini dalam tempoh 1 hingga 6 bulan selepas tamat aktiviti ini.

Pada masa yang sama, aktiviti ketiga yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa daripada kedua-dua universiti iaitu Youth-Safety UMP-UI Network telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar dalam membuat perancangan dan pentadbiran tempat kerja dan alam sekitar untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 9 dan 11. Topik perbincangan iaitu Occupational Safety and Health 5.0: Deployment and Achieving the Sustainable Development Goals telah diketengahkan oleh mahasiswa daripada kedua-dua universiti bagi pengisian sesi berbentuk forum tersebut.

 

Laporan berita disediakan oleh Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah FSTI

Previous Next

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA SAINS INDUSTRI (DRS) FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Program Diploma Sains Industri (DRS) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selama dua (2) hari bermula 22 hingga 23 Jun 2023. Lawatan MQA pada hari pertama disambut wakil Pengurusan Universiti dan Pengurusan FSTI serta dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ir. Ts. Dr. Nurhidayah Azmy, Timbalan Pengarah, Pusat Inovasi Dan Daya Saing Akademik mewakili Pengurusan Universiti.

Sesi lawatan selama dua (2) hari berjalan dengan lancar sebagaimana atur cara ditetapkan antaranya sesi semakan dokumen program, temubual Panel Penilai dengan staf akademik, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar DRS. Selain itu, Panel Penilai turut mengadakan lawatan fizikal ke Perpustakaan, Pusat Pengurusan Akademik dan Makmal FSTI bagi melihat fasiliti  dan kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar.

Panel Penilai MQA terdiri daripada Profesor Madya ChM. Ts. Dr. Wong Yee Ching dan Dr. Umi Marshida Abd hamid serta diiringi Pegawai MQA iaitu Puan Norbaizurah Abd Halim. Lawatan Penilaian berakhir jam 3:00 petang pada hari kedua dengan Sesi Penutupan yang disempurnakan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMP.

 

Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI.

‘Lab to Market’

‘Lab to Market’

A webinar titles ‘Lab to Market’ took place on 15th June 2023, featuring two academicians from Faculty of Industrial Sciences and Technology (FIST), Assoc. Prof. Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli and Assoc. Prof. Dr. Saiful Nizam Bin Tajuddin as the speakers.

Assoc. Prof. Dr. Aizi shared her remarkable experience in commercializing pineapple by-products as the alternative to the conventional method of using rubberwood sawdust in cultivating mushrooms. She also provided the audience with overview of grants and funding sources available for researchers in bridging the gap between the laboratory and the market.

Assoc. Prof. Dr. Saiful shared his experience in development growth of Bioaromatic Research Centre since 2014, and the journey of commercialization of bio based products for flavor and fragrance, with the focus area in agro technology, innovative sensor and synthetic biology.

Overall, the ‘Lab to Market’ webinar was an informative and inspiring session, offering academicians from FIST a glimpse into the practical aspects of converting research into marketable products.

 

Berita disediakan oleh Dr. Aini Norhidayah, Pensyarah FSTI.

Lawatan Penilai Luar bagi Program Diploma Sains Industri (DRS)

Lawatan Penilai Luar bagi Program Diploma Sains Industri (DRS)

JUMAAT, 26 Mei 2023 –Mesyuarat Bersama panel luar (EA), Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad, bagi Program Diploma Sains Industri (DRS) Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama FSTI.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Dekan FSTI dan dihadiri oleh Ketua Program DRS serta pihak pengurusan FIST.

Melalui sesi perbincangan ini, pihak DRS telah mendapatkan  maklum balas mengenai program seperti penyataan Objektif Pendidikan Program (PEO) dan pemetaan kepada hasil pembelajaran kursus. Penambaikan seperti kelas pemulihan boleh dibuat untuk meningkatkan kualiti pelajar dan subjek terbabit seiring dengan perkembangan teknologi bagi bidang-bidang tertentu. Pelbagai input berguna juga diperolehi bagi menjamin peningkatan kualiti berterusan kurikulum program DRS.

 Mesyuarat berakhir lebih kurang jam 4:30 petang.

 

Berita disediakan oleh Dr. Nurul ‘Azyyati Sabri, Pensyarah FSTI

Previous Next

Misi UMP-UI Ikatan Serumpun

Keberangkatan delegasi FSTI, UMP ke Indonesia bagi melaksanakan misi UMP-UI Ikatan Serumpun dari 12 hingga 14 Jun 2023. 10 pelajar dan 6 pensyarah FSTI terlibat dengan aktiviti Khidmat Masyarakat bersama Universitas Indonesia. Bersama barisan pengurusan Fakultas Kesehatan Umum, Dekan- Prof dr Mondastri Korib Sudaryo, Koordinator Pengantarabangsaan- Prof madya dr Indri Hapsani dll..serta barisan kepimpinan mahasiswa OSH (K3).

 

 

Previous Next

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) MENERIMA LAWATAN DARI UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR), INDONESIA BAGI METERAI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) UMP-UNAIR

SELASA, 30 Mei 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima lawatan dari Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia yang diketuai oleh Encik Novianto Edi Suharno (Pak Anto) mewakili Pengurusan UNAIR bersama enam (6) orang tenaga pengajar dan pegawai. Delegasi UNAIR disambut oleh Ahli Pengurusan FSTI dimulakan dengan sesi pengenalan dan pembentangan mengenai maklumat universiti serta fakulti masing-masing. Delegasi UNAIR hadir ke FSTI UMP bagi menjayakan program kerjasama dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) UMP-UNAIR.

Selepas sesi pengenalan, delegasi UNAIR telah dibawa melawat ke Makmal OSH FSTI antaranya, Makmal Industrial Hygiene, Makmal Ergonomik, Makmal Toxicology dan Makmal Ventilation & Air Pollution. Pada sesi petang pula, pihak FSTI telah menyusun pengisian program dengan menganjurkan “OSH Talk with UNAIR and UMP Part 2” bertempat Auditorium Perpustakaan, UMP Gambang.

Pengisian kemuncak lawatan UNAIR ke UMP adalah majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoA yang telah berlangsung pada hari Rabu, 31hb Mei 2023 yang disempurnakan oleh Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMP bertempat di UMP Pekan. Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoA tersebut adalah barisan Ahli Pengurusan Tertinggi UMP dan Pengurusan FSTI.

 

Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

Previous Next

Mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP)

SELASA, 30 Mei 2023 – Sebagai persediaan ke arah Akreditasi Penuh MQA bagi Program Diploma Sains Industri (DRS),  Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah mengadakan satu Mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSTI, UMP Gambang.  Ahli-ahli Panel Penasihat Industri (IAP) yang hadir ialah ChM. Mr. Meow Tzyy Kang, Laboratory Manager, Eco Laboratory Sdn. Bhd., Dr. Han Ming Gan, Director, Patriot Biotech Sdn. Bhd., Mr. Au Yon Wei Kiat, Plant Manager, UPC Chemicals (M) Sdn. Bhd.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dekan FSTI dan dihadiri Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Ketua Program DRS serta para pensyarah program. Program DRS dijangka akan menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi program akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 22 - 23 Jun 2023.

Berita disediakan oleh E. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

 

PROGRAMME-OSH TALK

PROGRAMME-OSH TALK

PROGRAMME-OSH TALK

Jom sertai !!!!

Tarikh : 30 Mei 2023
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Auditarium Library, UMP Kampus Gambang

#OSHUMP#UMPMalaysia#FIST

Previous Next

PASUKAN PELAJAR FIST, UMP BERTANDING DI NMEPC 2022

MELAKA, 14 Mei 2023 - Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memperkenalkan idea prototaip Hand Obstacle Detector (HOD) dengan memfokuskan kepada penghasilan alat bantuan  berteknologi bagi kegunaan orang kurang upaya (OKU) ketika berjalan memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Teknologi danInovasi di pertandingan National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama institusi pengelola iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pasukan pertama ini terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI) iaitu Muhammad Fikri Firdaus Asmawi, Muhammad Haziq Syahmi Muhamad Asre dan Aiman AlHakim Mohd Rizal itu menawarkan solusi kepada golongan sasaran ini yang sering tidak dapat mengenal pasti halangan yang dihadapinya dan jarak yang tepat ketika berjalan.

Manakala pasukan kedua yang juga mewakili UMP turut meraih hadiah sagu hati bagi kategori seni dan kreatif apabila berjaya memperkenalkan idea prototaip botol minuman dengan reka bentuk yang fleksibel iaitu Combine bagi memberi solusi kepada pengguna yang inginkan kelainan fungsi pada botol minuman. 

Botol minuman ini juga menawarkan rekaan yang unik, mudah, menjimatkan dan praktikal.

Pasukan terdiri daripada pelajar FSTI, Muhammad Ismat Hadif Mohd Arshad dan  pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Wan Ashraf Wajdi Wan Zakaria dan Muhammad Amirul Hakim Zainal Abidin.

“NMEPC merupakan program keusahawanan peringkat nasional untuk melatih dan membimbing, serta melahirkan lebih banyak syarikat pemula (start-up) pelajar khususnya yang berasaskan teknologi dan inovasi,” katanya.

Terdapat 46 pasukan yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia mengikuti bootcamp dan beberapa siri bengkel lanjutan secara dalam talian sekitar bulan Mac hingga Mei 2023 dengan dibimbing oleh mentor industri kepada setiap pasukan pelajar.  

Disediakan oleh: Halizan Mahmood, Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) 

Previous Next

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA, MARAN

18 MEI 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima kunjungan hormat Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa, Maran yang terdiri daripada Guru Besar iaitu Encik Mohd Azrul bin Md Yusuf bersama empat (4) orang guru. Tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama yang bakal dilakukan bersama dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan dengan program Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) disamping merapatkan silaturahim antara kedua-dua institusi.

Delegasi SK Sentosa disambut oleh Pengurusan FSTI yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), tiga (3) Ketua Program dan Penyelaras Dokumentasi Hubungan Luar.

 

Berita disediakan oleh Encik Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang

— Quick Link