BENGKEL PEMANTAPAN ASAS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP)

Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (KKP) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) UMPSA telah mengadakan sebuah Bengkel Pemantapan Asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah berlangsung dengan jayanya di blok W-DK18, Kampus Gambang, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Bengkel telah diadakan selama 2 hari pada 27 & 28 Februari 2024 bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Seramai 21 orang peserta iaitu para pensyarah KKP terlibat di dalam bengkel ini.

Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk meningkat pemahaman disamping memantapkan pengetahuan kepada semua tenaga pengajar KKP di fakuliti ini seiring dengan memperkasakan keperluan persediaan struktur baharu daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada masa akan datang. Seramai 6 orang penceramah yang terdiri daripada kalangan pensyarah KKP sendiri melalui kepakaran bidang masing-masing. Antara penceramah yang terlibat adalah Dr Khairiah (Introduction to Occupational Safety & Health), Dr Mohd Shahril (Occupational Safety & Health Legislation), Dr Afiza (Risk Management), Ts Dr Hanida (Accident Investigation), Dr Nurud Suria (Industrial Safety), Dr Norwahida (OSHMS), Dr Nor Ashikin ( Occupational Health) dan Dr Nor Hidayah (Industrial Hygiene). 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel berlangsung. Antaranya adalah perkongsian material  yang berharga, diskusi yang interaktif daripada para peserta yang proaktif, kuiz yang komprehensif dan lain-lain aktiviti. Impak keseluruhan bengkel ini, hasil perkongsian daripada penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing dapat memberi peluang kepada peserta untuk berkolaborasi dan bertukar pengalaman antara satu sama lain, selain memperkasakan pemahaman tentang amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui perbincangan dan interaksi dengan penceramah serta peserta dalam bidang masing-masing. 

Bengkel ini berakhir dengan sesi penutup yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Shahril bin Abu Hanifah selaku Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kesemua peserta yang terlibat amat berpuas hati dengan hasil perkongsian ini dan berharap sesi seterusnya diadakan lagi bagi memperkasakan pengetahuan lain dalam bidang KKP ini. Majlis berakhir pada jam 5 petang pada 28 Februari 2024.

 

Dilaporkan oleh NUR FAZHILAH BINTI ABDUL RAZAK


Print   Email