Previous Next

Lawatan kerja rasmi UMPSA ke Wilayah Heilongjiang di China

Memulakan hari pertama lawatan kerja rasmi ke Wilayah Heilongjiang di China, Naib Canselor UMPSA Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dan delegasi Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Heilongjiang, China.

Hadir menyambut ketibaan delegasi adalah Mrs Cheng Shuang, Vice Director-General of Education Department of Heilongjiang Province, Mr. Du Haijun – Director Division of Vocational and Adult Division dan Mr Sun Shijun – Director Division of Higher Education. Manakala delegasi Malaysia diketuai oleh YB Tuan Lee Chin Chen, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang.

Melalui sesi kunjungan ini, Jabatan Pendidikan Heilongjiang sangat teruja menerima delegasi pendidikan tinggi daripada Malaysia dan berharap dapat bekerjasama dengan 39 buat Institusi Pendidikan Tinggi di Heilongjiang ini.

Prof. Dato’ Yuserrie juga turut berkongsi kerjasama yang telah dan bakal terjalin dengan beberapa institusi pendidikan di China dan berharap pelajar daripada UMPSA dan Malaysia turut ditawarkan penajaan bagi melanjutkan pengajian di Heilongjiang.

Kehadiran Prof. Dato’ Yuserrie di sini adalah jemputan khas daripada Pejabat Hal Ehwal Luar dan Jabatan Pendidikan Wilayah Heilongjiang berdasarkan hubungan baik UMPSA dengan institusi pendidikan di China serta meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Prof. Dato’ Yuserrie juga akan menyampaikan ucapan pada majlis perasmian dan “University President Roundtable Forum" bersempena Persidangan China (Heilongjiang) - Malaysia Higher Education Week 2024 yang berlangsung pada 19 hingga 21 April 2024.

Seterusnya Naib Canselor turut mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Presiden Harbin Institute of Technology (HIT), Mr. Zhen Liang yang merupakan rakan kerjasama strategik UMPSA di Harbin, China.

Turut menyambut adalah Pengurusan Kanan HIT dan Pejabat Kementerian Luar Wilayah Heilongjiang. Turut sama hadir Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli.

#TeknologiUntukMasyarakat

#umpsawow

#umpkiniumpsa

#ijazahdualumpsa

Sumber: UMPSA Malaysia


Print   Email