Previous Next

FiS-T produk inovasi Kumpulan Innovative-T, FSTI Rangkul Gelaran Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu UMPSA 2023

Pada 7 - 8 November 2023 yang lalu telah berlangsungnya Konvensysen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu UMPSA di Dewan Banquet UMPSA, Pekan. Pengarah Pusat Pengurusan Stategik dan Kualiti (PPSK), Prof. Madya Ir. Dr. Norazwina Zainol, menyatakan konvensyen ini memberikan peluang kepada komuniti UMPSA untuk berkongsi idea inovatif. Juri terdiri dari En. Husaini A. Razab dari UITM, Pn. Noor Diyana Hayati Binti Kamudin dari Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi, dan Ts. Muhaimin Mustakim Bin Jamaludin dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menghantar wakilnya iaitu Kumpulan Innovative-T. Kumpulan Innovative-T terdiri daripada 9 orang ahli dimana 2 orang merupakan pensyarah dan 7 orang staf teknikal. Keunikan Innovative-T adalah kerana ianya gabungan bersama staf dari Fakulti Teknologi Kejuteraan Elektrik dan Elektronik serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif.

Gabungan kumpulan ini telah menghasilkan satu inovasi yang diberi nama Flexible Integrated System Trolley atau boleh juga disingkatkan kepada FiS-T. FiS-T adalah  troli yang direka khas untuk proses pengendalian silinder gas dengan ciri-ciri inovatif seperti pemegang bolehlaras yang ergonomik, dikuasakan oleh motor elektrik, dan penumpuan beban pada bearing tahan lasak.

Keunikan FiS-T tidak hanya mencakupi aspek teknikal, tetapi juga memberikan manfaat kesihatan dengan mengurangkan risiko penyakit muskuloskeletal disorder (MSDS). FiS-T, troli silinder gas yang dapat diendalikan secara elektrik, dihasilkan untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti, serta mengurangkan risiko penyakit muskuloskeletal disorder (MSDS).

Penggunaan teknologi ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja lelaki sahaja. Potensi pemasaran untuk kegunaan industri dan makmal universiti turut ditekankan sebagai langkah ke hadapan.

Inovasi FiS-T ini telah berjaya merangkul gelaran Johan di Konvensyen KIK Horizon Baharu UMPSA Tahun 2023 dengan membawa pulang piala pusingan, sijil dan hadiah berjumlah RM 1500.00. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumplan Innovative-T. Semoga kejayaan kumpulan ini menjadi pemangkin dan penanda aras oleh seluruh warga UMPSA amnya dan FSTI khususnya untuk menghasilkan lebih banyak idea-idea yang boleh diketengahkan dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam pusat tanggungjawab. 

Laporan disediakan oleh Dr. Noor Diana Abdul Majid, Ketua Kumpulan Innovative-T / Pensyarah, Fakulti Sains dan Teknologi Industri


Print   Email