Previous Next

AUDIT PEMANTAUAN PUSAT PENGAJAR JKKP BAGI PROGRAM DIPLOMA & SARJANA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

27 Disember 2023 | Rabu
 
Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (KKP) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) UMPSA telah mengadakan Audit Pemantauan Pusat Pengajar bagi program Diploma & Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dua orang panel iaitu Pn Laila binti Che Long dan Pn Siti Nuraihan binti Bughowi daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Putrajaya di Bilik Mesyuarat Utama FIST. Audit bermula di sekitar jam 9.00 pagi dengan sesi pembukaan yang dipengerusikan oleh Dekan, PM Dr. Aizi Mazila binti Ramli.
 
Tujuan utama audit pemantauan ini adalah untuk memastikan pusat pengajar mematuhi semua peraturan dan kehendak JKKP dalam menghasilkan pelajar yang berkemahiran dan berpengetahuan secara jitu dalam bidang KKP ini selain memastikan fasiliti dan kemudahan yang lengkap disediakan kepada pelajar. Antara tempat yang dipantau adalah Makmal KKP, bilik kuliah, dewan kuliah, bilik jaminan kualiti iaitu dan bilik kebal dan cetakan kertas peperiksaan.
Secara keseluruhannya, kedua-dua panel JKKP amat berpuas hati dengan fasiliti-fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh program KKP ini dalam memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di semua program termasuk peringkat sarjana.
 
Berita disediakan oleh Cik Nur Fazhilah Binti Abdul Razak, Pensyarah Program OSH FSTI

Print   Email