Previous Next

UMPSA teroka potensi kerjasama dengan Heilongjiang University of Chinese Medicine.

18 April 2024 | Heilongjiang University of Chinese Medicine

UMPSA terus meneroka potensi kerjasama baharu dengan institusi pendidikan di China apabila mengadakan perbincangan dengan Heilongjiang University of Chinese Medicine.

Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hadir bertemu Profesor Guo Hong Wei, Presiden dan barisan pengurusan Heilongjiang University of Chinese Medicine dalam rangka lawatan ke China yang masuk hari kedua.

Menurut Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, antara kerjasama yang boleh dilaksanakan adalah seperti kajian dalam bidang pharmacology, dan biotechnology termasuklah kajian dalam herba-herba di Malaysia dan kesan perubatan termasuk analisis microbiome, biologi molekul dan inmunologi melalui Fakulti Sains dan Teknologi Industri.

Inisiatif ini sejajar dengan hala tuju dan bidang tujahan UMPSA itu sendiri. Turut dibincangkan adalah potensi program kerjasama dual degree, edu-tourism serta pelajar dan staf mobiliti.

Turut sama dalam perbincangan ini adalah Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Industri.


Print   Email