Congratulation: DR HAJAR FAUZAN@NATURE-Mapping the human genetic architecture of  COVID-19

Congratulation: DR HAJAR FAUZAN@NATURE-Mapping the human genetic architecture of COVID-19

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Dr Hajar Fauzan bin Ahmad dan rakan-rakan mencipta sejarah tersendiri kerana berjaya menerbitkan kajian beliau berkaitan COVID-19 di dalam terbitan terkemuka dunia di Nature (Impact Factor: 49.962)

Beliau berkata "Saya bersyukur kerana telah berpeluang untuk terlibat dan bekerjasama dengan COVID19 Human Genetics Initiative, sejak tahun lalu untuk kajian GWAS terbesar yang melibatkan kohort 2 juta peserta. Kajian mengenai variasi genetik manusia yang dikenal pasti mempengaruhi kerentanan dan keparahan COVID akhirnya diterbitkan di Nature. Sebanyak 13 lokasi (atau lokus) dalam genom manusia yang mempengaruhi kerentanan dan keparahan COVID-19 telah dikenal pasti."

"Konsortium ini mengumpulkan saintis dari seluruh dunia, dan penglibatan dan sumbangan Universiti Malaysia Pahang untuk pasukan Scientific Communication telah diabadikan pada naskah ini. Alhamdulillah, ianya juga merupakan suatu pengalaman yang menarik untuk saya kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Kumar, Mark Daly dan Andrea Broad Institute."

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Hajar Fauzan atas pencapaian beliau dan berharap lebih banyak kejayaan yang akan dikecapi pada masa hadapan. TAHNIAH!!!

 


Print   Email