Previous Next

Lawatan Penandaarasan Program Diploma Teknologi Kimia Perindustrian, UiTM Cawangan Perlis ke Program Diploma Sains Industri (DRS), FIST

Program Diploma Sains Industri (DRS), FIST telah menerima satu lawatan penandaarasan daripada Program Diploma Teknologi Kimia Perindustrian, dari Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis secara atas talian pada 1 April 2024. Lawatan ini dihoskan oleh pihak UiTM Cawangan Perlis, Puan Nabilah Akemal dan dihadiri oleh Ketua Pusat Pengajian Dr Nur Nasulhah Kassim, Ketua Program Dr Faiezah Hashim dan beberapa pensyarah daripada program tersebut. Fakulti Sains dan Teknologi Industri diwakili oleh Timbalan Dekan Akademik, Ts. Dr. Hanida Abdul Aziz, Ketua Program DRS Ts. Dr. Nurul ‘Azyyati Sabri, Wakil JKK Kualiti, Puan Nurul Nadiah Hamidon dan Wakil Pensyarah DRS, Dr Nor Adila Mhd Omar dan Ts. Dr. Nurjannah Salim.

Penandaarasan ini adalah penting untuk mengenalpasti dan mempelajari amalan-amalan terbaik daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul. Dalam sesi perbincangan, pelbagai perkara telah dibincangkan seperti struktur program, proses vetting, kemudahan makmal, penambahbaikan kualiti berterusan dan rancangan kolaborasi di antara dua institusi. Selain daripada itu, Dr Kamrul Fakir Kamarudin juga mengetuai lawatan secara atas talian ke makmal Kimia Analitik dan stor kimia. Diharapkan perbincangan ini menjadi langkah pertama kolaborasi diantara Fakutli Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis dan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA.

 

Dilaporkan oleh Ts. Dr. Nurul 'Azzyati Binti Sabri


Print   Email