Previous Next

Mesyuarat Ahli Pemegang Taruh (SH) Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian

Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah mengadakan mesyuarat bersama Ahli Pemegang Taruh (Stakeholders, SH) yang telah dilantik. Ahli pemegang taruh yang hadir ke mesyuarat adalah terdiri daripada wakil akademik, PM Dr. Ailin Binti Razali, wakil industri, Kaptain (B) Ibrahim Bin Hamid dan En. Ahmad Fakhrul Anuar bin Ismail, wakil ibubapa, En. Mat Nasir Bin Tajudin, wakil penaja, Puan Sapiza Binti Ajuhari, wakil komuniti, En. Ahmad Fauzi Awang, wakil alumni, Puan Nabila Huda Binti Kamludin, En. Muhammad Arif Bin Zairudin, En. Mohamad Nazlemin Bin Mat Hassan, Puan Naz Edayu Mat Nawi, dan En. Muhammad Elyas Shah Bin Marekan, dan wakil pelajar, En. Muhammad Nubhan Bin Mohamed Nadzri. Mesyuarat ini diadakan pada 20 November secara atas talian yang dihadiri oleh Dekan Fakulti, Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli, Timbalan Dekan Akademik, Dr. Ahmad Fazli bin Farida Asras, Timbalan Dekan Penyelidikan, Ts. Dr Azizan bin Ramli. Turut serta adalah pihak pengurusan fakulti dan para pensyarah program dalam sesi mesyuarat perbincangan ini bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mengenai program. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembukaan yang dipengerusikan oleh dekan fakulti dan diikuti oleh sesi pembentangan keseluruhan program oleh Ketua Program, Dr. Mohd Shahril Abu Hanifah. Sesi diteruskan dengan perbincangan dan pandangan dari setiap ahli pemegang taruh.

Pemegang taruh adalah satu keperluan dalam aktiviti penambahbaikan pelaksanaan kurikulum program akademik yang sedia ada dan bagi memenuhi standard program MQA baharu iaitu Program Standard: 2023 Occupational Safety and Health. Ini bagi memastikan program ini adalah berkualiti, relevan dan menepati kehendak pasaran serta bersesuaian dengan saranan pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang menggalakkan penglibatan pelbagai pihak dalam memberi maklumbalas bagi penambahbaikan terhadap mutu program-program akademik di universiti. Pandangan dan cadangan daripada setiap panel ini amat diperlukan untuk kelestarian program agar memenuhi keperluan industri dan membantu program dalam meningkatkan mutu kualiti program sendiri. Seterusnya agar dapat menghasilkan graduan yang berkualiti seiring dengan pelan induk keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2021-2025 (OSHMP). Melalui sesi perbincangan ini, program telah mendapatkan  maklum balas mengenai program seperti penyataan Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO), dan struktur kurikulum. Pelbagai input berguna telah diperolehi bagi menjamin peningkatan kualiti berterusan kurikulum program. Mesyuarat perbincangan ini berakhir dengan sesi penutup pada jam 11.30 tengah hari.

Berita disediakan oleh Dr. Mohd Shahril bin Abu Hanifah, Ketua Program Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan, FSTI


Print   Email