Previous Next

Pameran Seminar Nanas Sarawak 2023: Produk penyelidikan dari sisa nanas

Kuching, 13 December 2023 - Dalam memenuhi aspirasi kerajaan madani bagi mengukuhkan agenda keterjaminan makanan negara, Prof Madya Dr Aizi Nor Mazila Binti Ramli, penyelidik merangkap Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah dijemput menghadiri Pameran Seminar Nanas Sarawak 2023 untuk menyebarluas hasil dapatan dari penyelidikan UMPSA. Penglibatan ini secara langsung dapat meningkatkan interaksi diantara penyelidik dan Lembaga Perinsdustrian Nanas Malaysia serta kerajaan negari, pemain industri dan pengusaha nanas tempatan.

Malahan pameran yang dijalankan mampu menghasilkan impak tinggi kepada produk penyelidikan itu sendiri, komuniti, ekonomi dan juga masyarakat.

Penyelidik juga berkesempatan berinteraksi bersama Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak dan YBrs. Encik Mohd Kahiruzamri M. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk memperkenalkan produk penyelidikan dari sisa nanas seperti cendawan nanas(Ready-to-grow Pineapple Mushroom), pelembut daging, semburan penyubur cendawan (Mushroom Booster), dan bahan pencuci bayi (Pinebaby).


Print   Email