Perbincangan Kerjasama bersama PolyGreen Chemicals Sdn Bhd

Perbincangan Kerjasama bersama PolyGreen Chemicals Sdn Bhd

Lawatan dan perbincangan kerjasama telah dijalankan di PolyGreen Chemicals Sdn Bhd di Klang, Selangor pada 28 Julai 2022. Lawatan diketuai oleh pensyarah kanan, Ts Dr Siti Noor Hidayah Mustapha dan disertai bersama Ts Dr Muhammad Hafiz Mazwir. PolyGreen merupakan syarikat pertama di dunia yang menghasilkan produk polyol berasaskan bahan semula jadi yang memfokuskan kepada minyak sawit. Beberapa siri penerangan dan  perbincangan berkaitan R&D dan produk berasaskan kelapa sawit telah dijalankan bersama Ketua Pasaran dan R&D PolyGreen, Mr Dannis Wong dan Pengurus Kilang, Ms. Tan Meei Yun.

Pihak UMP juga telah berbincang berkaitan peluang kerjasama penyelidikan dan penyeliaan pelajar untuk Latihan Industri pada masa akan datang. Sesi lawatan dan perbincangan ini berakhir dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati kepada pihak PolyGreen.

 

Laporan disediakan oleh Ts Dr Siti Noor Hidayah Mustapha.


Print   Email