Previous Next

Penganjuran Seminar ‘OSH From The Perspective of Spirituality and Religiosity’

Satu program seminar atas talian bertajuk “OSH from the Perspective of Spirituality and Religiosity” telah dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) pada 25 Oktober 2023 dengan kerjasama University of Darussalam Gontor (UNIDA). Program ini adalah salah satu usaha kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pengajaran dan pembelajaran, serta penyelidikan rentetan daripada “Letter of Intent” yang telah ditandatangi oleh Dekan FSTI UMPSA dan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UNIDA. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Pascasiswazah, Dr Azizan bin Ramli diikuti dengan ucapan daripada Timbalan Rektor 3 UNIDA, Dr. Khoirul Umam. Penceramah jemputan khas daripada UNIDA iaitu Prof. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi (Rektor UNIDA) telah membuka tirai seminar dengan perkongsian bertajuk ‘Islamization of Science & Technology’.

Sesi perkongsian oleh 3 orang penceramah jemputan dari UMPSA mengetengahkan topik ‘Work-life Balance Through Holistic Fatigue Management’, ‘Procedures for Managing Metaphysical Disturbances in the Workplace’ dan ‘Behavioural Safety and Islamic Values’ yang disampaikan oleh Dr. Mohd Shahril bin Abu Hanifah, Profesor Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail dan Dr. Junaidah binti Zakaria. Manakala, 2 orang penceramah jemputan dari UNIDA iaitu Dr Sisca Mayang Phuspa dan Eka Rosanti menyampaikan topik ‘Islamic Coping Strategies to Overcome Burnout’ dan ‘Agricultural Safety and Health from Islamic Perspectives’. Program yang mengetengahkan satu aspek berbeza iaitu kerohanian dan keagamaan dalam aplikasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja ini adalah permulaan kepada kerjasama inisiatif-inisiatif yang lain seperti penganjuran Microcredential Global Classroom (MCGC), pembangunan Modular Courses TVET Online (MCTO), Microcredentials (MC), Microcredentials Industry (MCI) dan kerjasama penyelidikan bertaraf antarabangsa yang menyokong Teras Strategik 1A: Graduan Holistik, dan 6A: Jaringan Industri dan Masyarakat Antarabangsa di dalam Pelan Strategik Universiti Malaysia Pahang 2021 – 2025.   

 

Berita disediakan oleh Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian FSTI.


Print   Email