Previous Next

BENGKEL MICRO-CREDENTIAL FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI)

Pada 2 hingga 4 Oktober 2023 yang lalu dan bertempat di Blok V, UMPSA Kampus Gambang, Jawatankuasa Pembangunan Pengajaran dan e-Pembelajaran Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Bengkel Micro-Credentials yang telah dihadiri oleh 25 orang pensyarah FSTI dari pelbagai latar belakang program.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada  Subject Expert Panel mengenai kaedah dalam membangunkan kursus Micro-Credentials bagi mendukung aspirasi Pelan Strategik UMP25 ke arah pendigitalan kandungan akademik universiti. Sasaran sebanyak 20 kursus Micro-Credentials akan siap dibangunkan dan dimuatnaik ke dalam platform Tinta menjelang Julai 2024.

Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr Mohd Fazli bin Farida Asras, dan diikuti oleh sesi perkongsian oleh Dr. Lee Chin Mei yang merupakan penerima Anugerah Micro-Credentials Terbaik UMPSA pada tahun 2022 yang bertajuk “Creating the story board for your Micro-Credentials” dan “How to insert MC into Tinta”. Sesi perkongsian dilanjutkan oleh Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir bertajuk “How to source your materials” dan diikuti oleh sesi bertajuk “How to record and edit your video” yang disampaikan oleh Ts. Muhammad Adam Lee bin Abdullah. Pada program tersebut, peserta juga berpeluang untuk membangunkan kandungan digital mereka secara terus di Studio i-Learn, UMPSA Kampus Gambang. Rata-rata peserta kelihatan sangat teruja dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Diharapkan semoga program sebegini dapat memberikan impak yang positif dan juga mencetuskan momentum di kalangan peserta dalam membangunkan kursus Micro-Credentials seperti yang disasarkan.

Berita disediakan JKK Pembangunan Pengajaran dan e-Pembelajaran FSTI

 


Print   Email