Previous Next

PROGRAM MOBILITI JOINT CLASS RISK MANAGEMENT PROGRAM KE UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR)

PROGRAM MOBILITI JOINT CLASS RISK MANAGEMENT PROGRAM KE UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR) – UMPSA 2023 telah berlangsung pada 7 sehingga 12 Oktober  lalu disertai oleh 5 orang pelajar daripada Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Fakulti Sains Teknologi dan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan (UMPSA). Program ini telah diiringi oleh dua orang pensyarah, Pn Nurfazhilah binti Abdul Razak dan Dr Mirta Widia. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari negara Thailand iaitu Prince Songkla Universiti (PSU). Program ini merupakan kesinambungan usahama yang hampir 3 tahun terjalin antara kedua-dua universiti ini berganding bahu dalam program mobility pelajar, pensyarah jemputan dan lain-lain.

Pelajar-pelajar berpeluang menyertai Seminar Nasional 2023 anjuran Fakulti Vokasi, Universitas Airlangga pada 8 Oktober 2023. Pelajar didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditawarkan oleh university tersebut. Pembentangan daripada wakil UMPSA oleh Dr Mirta Widia di dalam program ini juga banyak memberi pendedahan kepada pencegahan kemalangan yang melibatkan faktor manusia dalam merealisasikan Revolusi Industri 5.0. Turut berkongsi mengenai pengurusan industrial hygiene yang melibatkan penyakit pekerjaan oleh Ketua Industrial Hygienist di ExxonMobil Cepu Limited, Encik. Susatyo Adi Wibowo. Turut membanggakan apabila seorang pelajar UMPSA daripada ratusan pelajar iaitu Muhammad Adam bin Arman telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan kuiz di dalam seminar tersebut.

Selain itu, pelajar program ini juga telah dibawa ke industri melalui program lawatan industri yang melibatkan syarikat minyak & gas iaitu Saka Indonesia Pangkah Limited pada 9 Oktober yang merupakan anak syarikat Pertamina Gas Negara. Pelajar-pelajar telah didedahkan pengurusan program kesihatan dan keselamatan pekerjaan di syarikat tersebut dalam pengurusan risiko secara digitalisasi. Pelajar-pelajar berpeluang menyaksikan secara langsung operasi penghasilan minyak di syarikat ini.

Semua peserta juga bertuah berpeluang secara kebetulan menyertai Seminar “Artificial Intelligence for Community Development” di 5th International Conference on Vocational Innovation and Applied Sciences (ICVIAS 2023) anjuran UNAIR pada 10 Oktober. Seterusnya, jemputan seminar dalam sesi perkongsian ilmu antara pensyarah UMPSA, Dr Mirta di dalam seminar Systematic Literature Review juga telah berlangsung selepas tamat seminar ICVIAS 2023. 

Pada 11 Oktober, pelajar-pelajar telah menyertai dua kelas bersama dengan pelajar UNAIR yang lain serta bersama dengan pertukaran pelajar daripada negara Thailand iaitu Prince Songkla Universiti menerusi kelas OSH Risk Management dan Hazardous Waste Management. Kedua-dua subjek ini diajar oleh dua orang jemputan pensyarah dari UMPSA dan PSU iaitu Pn Nurfazhilah dan Dr Shahariar Chowdbury dalam sesi perkongsian masing-masing. Pelajar-pelajar sangat aktif dalam penglibatan sewaktu sesi soal jawab dan mengemukakan idea. Pelajar didedahkan perbezaan aplikasi antara ketiga-tiga negara dalam pengurusan risiko dan pengurusan pengendalian bahan kimia di tempat kerja.

Pelajar pulang ke Malaysia pada 12 Oktober, sekitar jam 10.00 pagi waktu tempatan. Program sepanjang 5 hari ini banyak memberi pendedahan perbezaan dalam applikasi pengurusan risiko di tempat kerja selari dengan capaian objektif program ini. Semoga hubugan usahama antara dua negara ini dapat diteruskan dengan jaringan kerjasama terutama dalam program akademik, penyelidikan dan sebagainya.

 

Berita disediakan oleh Pn Nurfazhilah binti Abdul Razak, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan FSTI


Print   Email