Previous Next

PROGRAM STUDENT MOBILITY UNIVERSITAS INDONESIA CREADIT EARNING 2023

Depok, Indonesia - Seramai 16 pelajar tahun 2 dan tahun 3 dari program Sarjana Muda (Kepujian) Keselamatan dan Kesihatan di Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah telah mengambil bahagian dalam program Student Mobility Universitas Indonesia Credit Earning 2023 yang dianjurkan oleh Fakultas Kesihatan Masyarakat Universitas Indonesia. Program kolaboratif ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang ergonomik dan industrial hygiene, serta memupuk kerjasama antara pelajar dari negara berbeza. Pelajar UMPSA tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada 6 Ogos 2023, setelah berlepas dari KLIA Terminal 2. Ketibaan mereka disambut oleh para pelajar dari Universitas Indonesia dalam suasana penuh semangat. Selain daripada pelajar UMPSA, program ini juga melibatkan 10 orang pelajar dari Universiti Sains Malaysia dan 20 orang pelajar dari Inje University Korea.

Salah satu aktiviti terpenting dalam program ini adalah kunjungan ke kawasan industri iaitu ke PT. Mattel Indonesia, kilang pengeluaran terbesar barbie di Indonesia. Melalui kunjungan ini, peserta mendapat peluang unik untuk memahami pelaksanaan konsep keselamatan dan kesihatan di dalam persekitaran industri sebenar. Pelajar juga dapat memperdalamkan lagi ilmu pengetahun dengan melakukan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan dan mengaplikasikan input yang diperolehi ke dalam HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) dan JSA (Job Activity Analysis).

Selain daripada itu, program ini memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi dengan rakan sejawat dari Universitas Sains Malaysia, Universitas Indonesia, dan Inje University Korea. Pertukaran pendapat dan idea dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara masing-masing memberi nilai tambah yang signifikan kepada pengalaman pelajar. Prof. Madya Dr. Mila Tejamaya, Ketua Program, berkongsi, "Program Student Mobility UI CREATES 2023 adalah peluang yang luar biasa bagi pelajar kami untuk memperluas pandangan mereka dalam bidang keselamatan dan kesihatan. Kerjasama dengan pelajar dari negara berbeza telah membuka pintu kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang cabaran dan pendekatan unik dalam menjaga keselamatan pekerja di pelbagai konteks industri."

Program ini merangkumi sesi kuliah, bengkel praktikal, dan interaksi dengan pensyarahpensyarah dari Universitas Indonesia. Peserta pulang ke Malaysia pada 16 Ogos 2023 dengan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam memahami aspek keselamatan dan kesihatan dalam persekitaran industri.

Berita disediakan oleh Cik Adlin Adriana binti Zulkipli, Pelajar Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FSTI

 


Print   Email