FIST UMPSA

News & Events

Tahniah atas kejayaan

Tahniah atas kejayaan

Jutaan ucapan tahniah kepada Dr. Nurul 'Azyyati binti Sabri. Pensyarah Kanan di Program Bioteknologi Industri atas kejayaan dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2021 bagi kategori Anugerah Pengajaran (Sains Gunaan) sempena Malam Anugerah Cendekia Bitara 2021.

 

Lawatan ke Kampung Pagi, Jerantut, Pahang.

Lawatan ke Kampung Pagi, Jerantut, Pahang.

Seramai empat orang staf daripada FSTI; Dr Azizan, Dr Adila, Dr ‘Azyyati, dan Dr Kamrul telah mengadakan lawatan ke Kampung Pagi, Jerantut, Pahang. Tujuan utama lawatan ke Kg. Pagi adalah untuk membuat sesi rakaman dan temuramah mengenai proses pembuatan ‘asam rong’ dan masakan berasaskan asam rong, yang akan digunakan untuk sesi ‘Virtual Tour’ bagi program ‘International Science-Culture Workshop’ anjuran bersama Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia yang akan diadakan pada 22-25 Ogos 2022.

 Menurut pengusaha asam rong di Kampung Pagi, En. Rafi bin Ab Rashid dan isterinya Puan Armila binti Azran, asam rong merupakan makanan tradisional yang sangat popular di kalangan masyarakat di daerah Jerantut, Pahang serta di kawasan sekitarnya. Asam rong diperbuat daripada biji getah melalui beberapa proses pengeringan untuk dijadikan ‘asam rong’. Biji getah yang gugur daripada pokok getah yang matang dikutip dan dijemur dibawah cahaya matahari selama beberapa hari bagi memudahkan proses pemecahan kulit biji getah yang keras untuk mendapatkan isinya yang berwarna putih. Isinya kemudian dijemur selama lebih kurang satu minggu bergantung kepada tahap kekeringannya. Setelah kering, isi biji getah tersebut dikisar sehingga halus dan diperam di dalam bekas yang tertutup rapi dan sedia untuk dimasak. Asam rong ini boleh disimpan selama beberapa tahun tanpa rosak walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.

 Sesi temuramah dan rakaman video mengenai proses pembuatan dan masakan berasaskan asam rong telah dibuat bersama Puan Nur Amalina binti Azran.

 

Gambar-gambar Aktiviti:-

 

 

Laporan disediakan oleh Dr. Nor Adila Mhd Omar, Pensyarah FSTI

Sekalung penghargaan dan Terima kasih

Sekalung penghargaan dan Terima kasih

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Profesor Dr. Jayarama Reddy Venugopal, Prof. Madya Dr. Agus Geter Edy Sutjipto dan Dr. Shah Samiur Rashid atas khidmat bakti sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Semoga terus maju jaya.

Sekalung penghargaan dan Terima kasih

Sekalung penghargaan dan Terima kasih

Sekalung penghargaan dan Terima kasih buat dua orang staf Fakulti Sains dan Teknologi Industri iaitu Pn. Nurul Nadia dan En. Jafree yang akan berpindah ke PTJ lain. Semoga terus maju jaya.

Lawatan ke Sangkar Ikan Patin di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh.

Lawatan ke Sangkar Ikan Patin di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh.

Seramai enam orang staf daripada FSTI; Dr Azizan, Dr Nazikussabah, Dr Lee Chin Mei, Dr ‘Azyyati, En. Halimi, dan Dr Adila telah mengadakan lawatan ke sangkar ikan patin di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh, Pahang pada 23 Jun 2022 jam 10 pagi.. Tujuan utama lawatan ke sangkar ikan patin ini adalah untuk membincangkan potensi kolaborasi di antara FSTI dan penternak ikan patin.

Disamping itu, temuramah dan rakaman video bersama pemilik sangkar ikan patin ini, Dato’ Rodzuan bin Zaaba juga telah diadakan bertujuan mendapatkan maklumat mengenai ikan patin. Rakaman ini akan digunakan bagi sesi ‘Virtual Tour’ bagi program ‘International Science-Culture Workshop’ anjuran bersama Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia yang akan diadakan pada 22-25 Ogos 2022.

 

Gambar-gambar aktiviti:-

 

Laporan disediakan oleh:-

Dr. Nor Adila Mhd Omar

Perbincangan Kerjasama bersama Kampus Satelit CIAST (CSC), ADTECH, Jerantut, Pahang.

Perbincangan Kerjasama bersama Kampus Satelit CIAST (CSC), ADTECH, Jerantut, Pahang.

Lawatan dan perbincangan kerjasama telah dijalankan di Kampus Satelit CIST (CSC) Jerantut pada 2 Jun 2022. Lawatan diketuai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan FIST, Dr Azizan Ramli bersama Timbalan Dekan Akademik FIST, Dr Fazli Farida Asras.

Hasil dari perbincangan bersama Ketua Koordinator CIAST, Ts Abdul Hanif Ludin, beberapa program bermanfaat akan dijalankan bagi meningkatkan kemahiran staf FIST terutama dalam bidang berkaitan kemahiran pengajaran amali.

 

Laporan disediakan oleh,

Dr. Siti Noor Hidayah Mustapha

 

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) J Force, Pejabat Daerah Jerantut

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) J Force, Pejabat Daerah Jerantut

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut yang terletak di Pejabat Daerah Jerantut telah diadakan pada 2 Jun 2022. Lawatan ini disertai oleh Ts Dr Azizan Bin Ramli, Dr Mohd Najib Bin Yacob, Dr Khairiah Binti Mohd Mokhtar dan Ts. Mohamad Ezuan bin Abdul Jalil bertujuan untuk mengetahui pengurusan pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut ketika bencana seperti banjir berlaku di daerah Jerantut. ASP Lim Meng Chea mewakili jawatankuasa pengendali PKOB Daerah Jerantut telah menerangkan keberkesanan sistem yang digunakan bagi pengurusan ketika bencana.

Sistem yang dikenali sebagai  J Force yang telah ditubuhkan atas initiatif staf pengendali PKOB ini merupakan idea yang sangat bernas bagi melancarkan pengurusan mangsa bencana. Sistem ini meletakkan semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah Jerantut, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di dalam satu platform yang sama bagi memudahkan komunikasi urusan pengumpulan data seperti jumlah mangsa, kapasiti pusat pemindahan, stok bantuan dan paras air sungai. Maklumat dan tindakan yang diambil akan dikemaskini dalam tempoh 1 hingga 4 jam dan data terakhir yang dikemaskini akan dikeluarkan pada pukul 10 malam setiap hari. Pada asalnya, sistem ini ditubuhkan bagi pengurusan bencana banjir tetapi setelah beberapa tahun melalui proses penambahbaikan, skop sistem ini diperluaskan kepada kejadian kecemasan lain seperti tanah runtuh dan kemalangan.

Sebagai kesimpulan, idea sistem ini berpotensi besar untuk diperluaskan dengan kolabarasi antara penyelidik UMP dan PKOB Daerah Jerantut.

 

Laporan ditulis oleh:-

Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FSTI.

 

Kursus Penyediaan Dokumen dan Penilaian Spesifikasi Sebutharga B dan Tender Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Kursus Penyediaan Dokumen dan Penilaian Spesifikasi Sebutharga B dan Tender Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Kursus Penyediaan Dokumen dan Penilaian Spesifikasi Sebutharga B dan Tender Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah diadakan pada 22 Jun 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Tun Teja 1 dan 2, UMP Kampus Gambang yang melibatkan seramai 35 orang staf FSTI yang terdiri daripada pelbagai skim iaitu skim DS, N, C dan Q. Objektif kursus diadakan adalah untuk kesemua staf FSTI yang terdiri daripada pelbagai skim ini dapat menambah ilmu pengetahuan, menghayati dan mengaplikasikan serta dapat mempraktikkan segala ilmu dan latihan yang diberi oleh penceramah jemputan dari Jabatan Bendahari iaitu Puan Norliza Binti Arshad selaku Pengurus Besar di Jabatan Bendahari.

Hasil maklumbalas daripada peserta yang hadir dalam kursus ini memberikan respon yang positif kerana kursus ini sangat relevan kepada setiap peserta. Menurut Puan Hairunnisa Binti Osman, Pegawai Sains berkata kursus-kursus ini sangat diperlukan secara berkala kerana setiap peserta boleh mengetahui perubahan-perubahan tatacara kewangan yang sedia ada dan dapat menambahbaik lagi ilmu yang segi ada berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Pihak Pengurusan FSTI sangat berpuas hati dengan penganjuran kursus ini kerana telah mencapai objektif dan matlamat seperti yang telah dirancang.

 

Laporan disediakan oleh:-

Encik Zahiruddin Bin Mohd Zain, Unit Pentadbiran, Fakulti Sains dan Teknologi Industri

 

Gambar-gambar kursus:-

Kolokium Pascasiswazah 3/2022

Kolokium Pascasiswazah 3/2022

Kolokium Pascasiswazah 3/2022

Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke Makmal FSTI

Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke Makmal FSTI

Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke makmal Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah berjalan pada 8 Jun 2022 yang disertai oleh 28 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Terdapat sesi penerangan berkaitan dengan fungsi dan keperluan makmal-makmal di Fakulti. Selain itu,  pelajar-pelajar turut merasai pengalaman menjalankan beberapa ujikaji yang melibat peralatan makmal yang dibantu oleh staf teknikal makmal.

 

Gambar-gambar sesi lawatan dan aktiviti.

 

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang

— Quick Link